Thursday, May 8, 2008

KENAPA MESTI AKU..

Kenapa mesti aku yang tanggung semua ini...wahai lelaki yang sedang bertakhta di hati...mestikah aku beritahu dirimu apakah tanggungjawabmu sebagai nakhoda?haruskah aku senaraikan..tugas-tugasmu sepanjang pelayaran ini?haruskah?

Kau tak menghormati keluargaku..dan aku cuba untuk menjadikan kau seorang yang terbaik di mata mereka tapi kau tak pernah menghargainya...Ibumu..ya..ibumu..kau anggap seperti penasihat yang paling berkuasa dalam hidupmu...dan kau anggap diriku pesalah yang harus sentiasa dikongkong dan mengikut telunjukmu...tapi terima kasih kerana kau tidak pernah menyentuh tubuh badanku dengan tanganmu yang kasar itu..terima kasih sekali lagi...

No comments: