Thursday, May 8, 2008

KENAPA MESTI AKU..

Kenapa mesti aku yang tanggung semua ini...wahai lelaki yang sedang bertakhta di hati...mestikah aku beritahu dirimu apakah tanggungjawabmu sebagai nakhoda?haruskah aku senaraikan..tugas-tugasmu sepanjang pelayaran ini?haruskah?

Kau tak menghormati keluargaku..dan aku cuba untuk menjadikan kau seorang yang terbaik di mata mereka tapi kau tak pernah menghargainya...Ibumu..ya..ibumu..kau anggap seperti penasihat yang paling berkuasa dalam hidupmu...dan kau anggap diriku pesalah yang harus sentiasa dikongkong dan mengikut telunjukmu...tapi terima kasih kerana kau tidak pernah menyentuh tubuh badanku dengan tanganmu yang kasar itu..terima kasih sekali lagi...

BERMIMPIKAH AKU...???

Tidak..tak mungkin aku bermimpi di siang hari..ya..aku tak bermimpi..aku sudah pun melayari bahtera ini tapi aku tak merasakan kemanisan hidup seperti mana orang lain. Aku tak tahu nak meluahkan pada siapa..kerana bahtera yang aku bina berdasarkan perasaan cinta kini sudah pudar..bukanlah disebabkan oleh orang ketiga tapi entahlah...apa yang aku alami kini terasa seperti dibuat oleh seseorang...aku memberontak dalam diam tapi aku tak berani melawan...

Semakin hari kemanisan ini makin tidak dihargai kerana mungkinkah kami tidak sehaluan lagi..Kadang-kadang aku rasa seperti ingin melangkah keluar daripada alam bahagia ini tapi bila memikirkan pertama-permata yang aku miliki...permata yang pernah melihat titis-titis air mata ini...aku tak sanggup melangkah pergi...Ya Tuhan..berikan kekuatan untuk aku terus bertahan..